- 250gm Cheese Cream Tatura
- 1/2 tin susu pekat
- Nestum (mokcik guna brand keluarga)
- Biskut (Marie, Oreo, Tiger, Duluxe crackers pun boleh)
- Susu segar DUTCH LADY secukupnya
1) Pukul cream cheese hingga lembut. Masukkan susu pekat, pukul sebati.
2) Jika suka boleh tambahkan 2 sudu teh jus lemon or Sunquick.
3) Ketepikan.
4) Ambil biskut, rendam seketika (jangan terlalu lembik). Susun dalam bekas/loyang.
5) Lapiskan dgn cheese cream yang telah dipukul tadi.
6) Taburkan Nestum.
7) Ulang langkah yg sama. Lapisan atas sekali boleh tabur dengan Nestum/biskut Oreo hancur/Milo dan parut cheese cheddar untuk lebih sedap.
Selamat mencuba! SILA SHARE
*dipetik dari entri https://www.facebook.com/dmoliima bertarikh 4 Jan 2015