Friday, November 21, 2014

RESIPI: Sos Ala Prego Homemade

Bahan-bahan:
Sebiji bawang holland dipotong dadu
3 ulas bawang putih dicincang
5 biji tomato dibuang biji dan kulit dan dicincang
Cendawan butang
1/2 tin kecil tomato puree

3 sudu susu tepung

2 sudu tepung gandum
1 cawan air..(satukan susu tepung dan tepung gandum.kacau sebati)
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil thyme
3 cawan air

Cara-cara:
1. Panaskan minyak.
2. Masukkan bawang & bawang putih
3. Masukkan tomato biji, tomato puree, cendawan, oregano dan thyme
4. Masukkan bancuhan susu dan tepung
5. Masukkan gula dan garam secukupnya. Guna api yg sederhana
6. Masak hingga agak pekat



Sempena hari Jumaat yang mulia, bolehlah mengambil berkat sedekah/kongsi ilmu dengan share resipi ni pada yang tercari-cari idea nak masak buat family kan..  Semoga mokcik dan anda semua dapat bahagian pahala masing-masing olehNya. Amin!

No comments:

Post a Comment