Friday, November 21, 2014

RESIPI: Sos Ala Prego Homemade

Bahan-bahan:
Sebiji bawang holland dipotong dadu
3 ulas bawang putih dicincang
5 biji tomato dibuang biji dan kulit dan dicincang
Cendawan butang
1/2 tin kecil tomato puree

3 sudu susu tepung

2 sudu tepung gandum
1 cawan air..(satukan susu tepung dan tepung gandum.kacau sebati)
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil thyme
3 cawan air

Cara-cara:
1. Panaskan minyak.
2. Masukkan bawang & bawang putih
3. Masukkan tomato biji, tomato puree, cendawan, oregano dan thyme
4. Masukkan bancuhan susu dan tepung
5. Masukkan gula dan garam secukupnya. Guna api yg sederhana
6. Masak hingga agak pekat



Sempena hari Jumaat yang mulia, bolehlah mengambil berkat sedekah/kongsi ilmu dengan share resipi ni pada yang tercari-cari idea nak masak buat family kan..  Semoga mokcik dan anda semua dapat bahagian pahala masing-masing olehNya. Amin!

Thursday, November 13, 2014

RESIPI: Sos Butterscotch


Sos Butterscotch ni sesuai buat Kek Butterscotch n pencicah Roti Sarang Lebah yg tengah famous sekarang ni!

Bahan-bahan:
250 gram gula pasir
250 gram whipping cream
100 gram butter
75 gram white compound choc

Cara-cara:
1. Masukkan gula dlm mangkuk/periuk
2. Panaskan terus atas dapur (macam buat gula perang).
3. Bila dah cair, masukkan whipping cream sedikit demi sedikit. Kacau sampai sebati.
4. Masukkan butter dan white compound choc. Kacau sampai sebati.
5. Biarkan sejuk dan boleh lah makan.
**pastikan guna api yg sederhana ya..

Sila share 


Monday, November 10, 2014

RESIPI: Carbonara Meatball


Bahan-bahan:
2 sudu butter
2 sudu tepung gandum
300ml full cream
1/2 biji bawang holland (dicincang)
2 keping bay leaves
3 gram oregano
3 gram thyme
350 gram meatball
1 sudu teh serbuk lada hitam
50 gram cheese cheddar
Cendawan butang (optional)


Cara-cara:
  1. Cairkan butter.
  2. Masukkan tepung gandum.kacau hingga sebati dengan butter.
  3. Masukkan susu dan bahan lain...kecuali meatball.
  4. Masak dengan api sederhana hingga agak pekat sedikit. Ketepikan.
  5. Goreng meatball dengan sedikit minyak/butter cair dan ketepikan.
  6. Masukkan meatball dlm bekas foil, hiaskan dengan capsicum merah/hijau ikut suka hati..curahkan sos putih td...dan bakar dgn suhu 170' selama 15 minit.
  7. 5 minit akhir keluarkan sekejap dr oven, boleh tabur mozarella cheese dan bakar semula 5 min. Siap.
  8. Nak tabur parmesan cheese pun ok..sodappp..

Selamat mencubaa yee..sila share


Friday, November 7, 2014

BELAJAR SAMPAI LULUS! 2 Modul + 1 Bonus + 2 Set Rempah Nasi Arab = 24 Jam sahaja lagi


2 Modul + 1 Bonus + 2 Set Rempah Nasi Arab = 24 Jam sahaja lagi....tak sabau! Belajar sampai lulus katanya..hehehe
Bagi peminat makanan Arab yang terkenal dengan elemen tradisional, lebih-lebih lagi buat penggemar pelbagai rempah ratus yang menaikkan selera setiap yang mencubanya, inilah 'syurga'.
Kali ini, kami menjemput seorang tenaga pengajar yang sememangnya 'specialize' di dalam bidang ini, yang juga menjelajah serata negara untuk mengadakan kelas-kelas sebegini. ESOK tiba giliran kami pula untuk belajar 2 MODUL MASAKAN + 1 BONUS.
Bukan itu sahaja, malah 2 SET REMPAH NASI ARAB akan diberi kepada setiap peserta. Harga kelas? Hanya RM240/pax dengan deposit RM50 sahaja. Untuk keterangan lanjut, bolehlah klik link blog Mokcik ni ye nak... 

Wednesday, November 5, 2014

Loyang-loyangan di D' Moliima Ingredients & Bakery Merlimau

Berita baik pada pelanggan-pelanggan Mokcik yang berniaga, memiliki khidmat katering atau gemar kukus-mengukus (dalam kuantiti yang besau!) terutamanya yang berada di sekitar Melaka! Dapatkan loyang serbaguna ini di kedai Mokcik ye naaakk. Ada lapisan istimewa yang tak memerlukan penggunaan kain bagai ha. Air pun tak menitis pada makanan. Senang bebenauuuuu! Meh contact Mokcik di SINI dan dapatkan di kedai sementara stok masih ada. Kedai Mokcik dibuka setiap hari dari pukul 9.00am - 6.00pm.

Harga set kukus BESAAAUUUU ni hanya RM780 termasuklah 4 biji loyang 10 x 10 tu gitu....
Loyang serbaguna ini boleh dibeli di kedai Mokcik ye...

Air tak menitik atas makanan pun!

Ye, yang ni pun termasuk juga.

Tuesday, November 4, 2014

Sertai Kelas Cikgu Mak Intan (29 Nov 2014, Sabtu)

Cara mendaftar: Hubungi Ima di +6 019 656 8095 dengan SEGERA!
*dibuka kepada semua termasuk pelajar sekolah


Kelas Roti & Bun Yang Super Duper Bestt Gilerrr (23 Oktober 2014)

Kelas roti n bun yg super duper bestt gilerrr..sampai mlm punn rotiii lembuttt sgttt...siap sorok2..simpan utk esokk...kihkih....semua puas hati..alhamdulillah...syukran jazilan buat guruku yg tsayang...hjh Rahmah Ali..besttkann genggg...tq tauuu klu ada terkurang..terlepas terguris...mahappkann lahh hambeee...hikhik