Seperti yang mokcik janjikan semalam. Tempat amaaaaatlah terhad. Sila
bertindak SEKARANG! Maklumat semua ada dalam poster ni. Cukup orang
dengan bayaran deposit, mokcik tutop pendaftaran kelas ni ye naaaakkk.
Jumpa di kedai mokcik nanti!
D' Moliima Ingredients & Bakery Merlimau
Pelbagai Kelas Masakan & 'One-Stop-Shop Baking Solutions' di Merlimau, Melaka.
Tuesday, October 13, 2015
Sunday, October 11, 2015
Peluang Belajau Dengan Chef 'Otai' di Kedai Mokcik Bulan Depan.
BERITA BAIK UNTUK WARGA MELAKA. Peluang Belajau Dengan Chef 'Otai' di Kedai Mokcik Bulan Depan.
InSyaAllah pada 8/11/15, kedai mokcik akan mengadakan kelas kek bersama
seorang chef hebat dari Tanjung Malim yang kebetulan akan berada di
Melaka pada tarikh tersebut.
Siapa orangnya? MasyaAllah
Tabarakallah, bukan calang-calang orangnya sangat berpengalaman dan tak
lokek ilmu. Selain pakar membuat kek beliau juga dikenali sebagai pakar
membuat pelbagai jenis roti. Kali ni kita belajau buat kek dengan chef ni dulu ehhh.
Tempat adalah terhad. Mokcik akan open offer 10% diskaun untuk kelas ni
+ 10% diskaun voucher untuk kelas pilihan akan datang di kelas mokcik
untuk hanya 3 pendaftar pertama yang dapat kompomkan kedatangan
masing-masing. Maklumat bookings akan diumumkan Selasa (13/10) selepas
pukul 12 tengahari.
Siapa cepat, dia dapat! Tungguuuuuu....
Wednesday, March 18, 2015
RESIPI: Puding Koktail Yogurt
Bahan-bahan:
Sumi ikut suka byk mana
1 bekas Yogurt plain sz kecik
1 tin susu cair
Fresh orange marigold atau apa-apa brand pun ok..janji fresh orange
Buah campuran dlm tin
Cara-cara:
1. Masukkan sumi, buah campuran ke dalam mangkuk.
2. Di dalam bekas lain campurkan yogurt, fresh orange, susu cair. Kacau sebati dan masukkan ke dalam mangkuk sumi tadid.
3. Sejukkan sekejap dan nikmatinya. Sedappp!
Selamat mencubaaaa...
*sila share*
Saturday, February 7, 2015
KOMUNITI BLOGGER DENGAN KOLAKSI RESIPI HALAL YANG SANGAT BANYAK! LET'S MASAK. It's not that hard.
Kalau nak kongsi atau cuba beribu-ribu resipi Halal di dalam sebuat komuniti, kliklah di link mokcik ni Let's Masak. It's not that hard. Kalau anak-anak nak kongsi resipi pun boleh. Yang penting, mereka beri ganjaran untuk setiap perkongsian resipi, tips, etc... yang PALING penting juga, mokcik suka polisi 'no alcohol & pork' di dalam perkongsian. Best kan? Bolehlah cuba tanpa was-was, InsyaAllah.
Klik sini ya! Register jangan tak register hehehe...
Wednesday, February 4, 2015
RESIPI: Pulut Kuning & Rendang
RESIPI PULUT KUNING:
Bahan-bahan:
1 kg beras pulut
Santan secukupnya* mokcik guna santan pekat*
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa.
3-4 pcs Asam keping
Cara-cara:
1. Rendam beras pulut dgn asam keping n serbuk kunyit 2-3 jam
2. Toskan. Masukkan beras pulut dlm loyang dan santan yg dah dicampur dgn garam secukupnya.*santan paras2 pulut je*
3. Kukus hingga masak.
RESIPI RENDANG yg sgt simple tp sodap belako:
Bahan-bahan:
Ayam seekor digoreng layu
5 btg serai..ketepikan 2 batang di ketuk...3 lagi di hiris halus dan di *blend*
Bawang besar 2 biji *di blend*
2-3 ulas bwg putih *di blend*
Lengkuas besar ibu jari*di blend*
Kunyit hidup *di blend*
Serbuk Jintan manis+jintan putih+ketumbar satu sudu teh...
**tippp: Beli tiap bahan sama harga contoh jintan manis 50 sen, ketumbar 50 sen, jintan manis 50 sen, campurkan semua dan sangai hingga naik bau, baru blend kering.
Lada kering secukupnya *di blend*
Gula melaka ikut suka manis
Kerisik
300gm santan
5 helai daun limau
Daun kunyit
Garam
Cara-cara:
1) Panaskan santan
2) Masukkan jintan, bahan blend (tunggu sampai mendidih)
3) Masukkan bahan lain (tunggu sampai masak n agak kering sedikit)
4) Taburkan daun kunyit
Siap!
Sunday, January 4, 2015
RESIPI: Cheesekut Mokcik D'Moliima
Bahan-bahan:
1) Pukul cream cheese hingga lembut. Masukkan susu pekat, pukul sebati.
2) Jika suka boleh tambahkan 2 sudu teh jus lemon or Sunquick.
3) Ketepikan.
4) Ambil biskut, rendam seketika (jangan terlalu lembik). Susun dalam bekas/loyang.
5) Lapiskan dgn cheese cream yang telah dipukul tadi.
6) Taburkan Nestum.
7) Ulang langkah yg sama. Lapisan atas sekali boleh tabur dengan Nestum/biskut Oreo hancur/Milo dan parut cheese cheddar untuk lebih sedap.
Selamat mencuba! SILA SHARE
*dipetik dari entri https://www.facebook.com/dmoliima bertarikh 4 Jan 2015
- 250gm Cheese Cream Tatura
- 1/2 tin susu pekat
- Nestum (mokcik guna brand keluarga)
- Biskut (Marie, Oreo, Tiger, Duluxe crackers pun boleh)
- Susu segar DUTCH LADY secukupnya
1) Pukul cream cheese hingga lembut. Masukkan susu pekat, pukul sebati.
2) Jika suka boleh tambahkan 2 sudu teh jus lemon or Sunquick.
3) Ketepikan.
4) Ambil biskut, rendam seketika (jangan terlalu lembik). Susun dalam bekas/loyang.
5) Lapiskan dgn cheese cream yang telah dipukul tadi.
6) Taburkan Nestum.
7) Ulang langkah yg sama. Lapisan atas sekali boleh tabur dengan Nestum/biskut Oreo hancur/Milo dan parut cheese cheddar untuk lebih sedap.
Selamat mencuba! SILA SHARE
*dipetik dari entri https://www.facebook.com/dmoliima bertarikh 4 Jan 2015
Friday, November 21, 2014
RESIPI: Sos Ala Prego Homemade
Bahan-bahan:
Sebiji bawang holland dipotong dadu
3 ulas bawang putih dicincang
5 biji tomato dibuang biji dan kulit dan dicincang
Cendawan butang
1/2 tin kecil tomato puree
3 sudu susu tepung
2 sudu tepung gandum
1 cawan air..(satukan susu tepung dan tepung gandum.kacau sebati)
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil thyme
3 cawan air
Cara-cara:
1. Panaskan minyak.
2. Masukkan bawang & bawang putih
3. Masukkan tomato biji, tomato puree, cendawan, oregano dan thyme
4. Masukkan bancuhan susu dan tepung
5. Masukkan gula dan garam secukupnya. Guna api yg sederhana
6. Masak hingga agak pekat
Sempena hari Jumaat yang mulia, bolehlah mengambil berkat sedekah/kongsi ilmu dengan share resipi ni pada yang tercari-cari idea nak masak buat family kan.. Semoga mokcik dan anda semua dapat bahagian pahala masing-masing olehNya. Amin!
Subscribe to:
Posts (Atom)